09 September, 2008

Ikut suami melawat orang Cina Mati.

Entah untuk keberapa kali saya telah diajak suami untuk menziarahi jenazah orang cina mati. Orang India pun sering juga. Seja jadi ADUn suami saya mesti dihubungi kalau ada kematian tidak kira Melayu, Cina atau India.

Sekali ini seorang tokoh perniagaan Cina meninggal dunia. Kami sampai ditempat kematian pada jam 10 pagi dan disambut oleh anak-anak simati.

Layanan mereka baik sekali dan kami bertanya khabar berkaitan dengan pengurusan mayat. Katanya pagi isnin dah nak hantar ke perkuburan di Bukit Mertajam.

Isteri mendiang juga datang bersalam dengan kami dan mengucapkan terima kasih dengan kunjungan sambil menangis

Suami meminta izin dari anak mendiang untuk melihat mayat dan saya ikut sama bersama rombongan.
Sempat juga petugas menghidangkan air mineral kerana mereka lupa kami berpuasa.

1 comment:

Ummu afif said...

Semoga Allah memberi kekuatan kepada UMMU AIMAN ... Bukan mudah menjadi isteri pejuang. Semoga bahagian dunia akhirat.