22 April, 2009

Lif Yang Unik



















Zamri Kecik's


Baca Seterusnya...

Hati-hati makan kangkung...

Jika anda penggemar kangkung, tidak kira apa jenis kangkung, petis kangkung, kangkung cos, dll yang berkaitan dengan kangkung, mungkin cerita ini dapat menjadi pertimbangan bagi anda when you want to eat kangkung

Saya mendapat cerita ini dari seorang teman..

Pada suatu hari di klinik yang terkenal, semua doktor kebingungan kerana ada seorang anak kecil yang menderita sakit perut. Anak itu dibawa ke klinik oleh orang tuanya setelah 2 hari menderita diarhea . Sudah bermacam ubat sakit perut yang diberikan kepada anak itu, namun diarhea nya tidak sembuh.

Di klinik, kedua orang tua anak tersebut ditanya oleh doktor, makanan apa yang dimakan oleh anak tersebut selama 2 hari ini.

Orang tua anak itu kebingungan, kerana sejak anaknya diarrhea , anak tersebut tak lalu nak mahu makan, dia hanya minum susu, itu pun akan muntah semula.

Setelah dikaji, ternyata sebelum menderita diarhea , malam tersebut anak itu makan kangkung cos di restoran oleh orang tuanya. Doktor segera melakukan xray, ternyata dalami usus anak tersebut telah berkembang biak lintah dengan anaknya yang kecil-kecil.

Doktor surrender dan menyatakan tidak sanggup mengambil tindakan medical apapun.

Akhirnya anak kecil malang itupun meninggal dunia. setelah dikaji, ternyata lintah itu sebelumnya berada di dalam batang kangkung yang besar. Memang, untuk penggemar kangkung cos yang paling enak adalah batangnya. Lintah yang berada di dalam batang kangkung itu tidak akan mati walau dimasak selama manapun, apa lagi untuk kangkung cos proses memasak tidak terlalu lama untuk menghasilkan rasa kangkung yang sedap. Lintah hanya akan mati jika dibakar.

Di dalam usus anak tadi, lintah yang hanya dalam 1 ke 2 hari berkembang biak dengan cepatnya kerana menghuni didalam tubuh dan terus menghisap darah yang ada, doktor juga menjadi bingung, bagaimana mematikan/membersih kan lintah yang telah sangat banyak tersebut dari dalam usus anak malang itu.

Jujur, sejak mendengar cerita itu, kesukaan saya terhadap kangkung menjadi berkurang, boleh dibilang sudah 1 bulan ini saya sama sekali tidak makan kangkung dalam bentuk apa pun, bukan kerana menjadi paranoid, tapi bagi Saya lebih baik menjaga segala kemungkinan yang ada, masih banyak sayur lain yang dapat kita makan dengan meminimumkan segala kemungkinan "lintah" yang terselip di dalamnya. Semoga cerita ini dapat menjadi pertimbangan untuk kita semua sebelum masak/makan kangkung..

Zamri Kecik's.


Baca Seterusnya...

18 April, 2009

Diabesiti : Bersarapan lewat jadi punca

ALASAN tidak boleh bersarapan di awal pagi adalah satu fenomena yang
> menyebabkan masalah diabetes dan obesiti (diabesiti) di kalangan
> masyarakat negara ini.
> Diabesiti ialah gabungan masalah kencing manis dan kegemukan.
>
> Mengapa alasan ini menjadi satu penyebab kepada masalah diabesiti di
> Malaysia?
> Ini kerana menurut Ketua Pakar Diet, Institut Jantung Negara (IJN),
> Mary Easaw-John, apabila seseorang itu bersarapan lewat, kuantiti
> makanan yang diambil biasanya melebihi kadar sepatutnya.


``Biasanya penduduk negara ini tidak suka bersarapan di awal pagi,
> terutamanya yang bekerja di sektor kerajaan.
>
> ``Selalunya golongan ini bersarapan pada pukul 10 pagi,'' ujarnya.
> Jadi menurutnya, apabila bersarapan lewat, mereka biasanya mengambil
> makanan dalam jumlah yang banyak kerana pada waktu itu perut terlalu
> lapar.
>
> ``Ada yang bersarapan seolah-olah mengambil makanan tengah hari,
> kemudian ditambah pula dengan teh tarik gelas besar.
>
> ``Makanan yang diambil pada waktu pagi ini sangat mempengaruhi berat
> badan seseorang,'' ujarnya.
>
> Menurut Easaw-John, saiz makanan juga merupakan faktor utama mengapa
> diabesiti menyerang penduduk negara ini.
>
> ``Saiz makanan pada masa kini kebanyakannya disajikan dalam saiz
> `gergasi', ini amat berbeza dengan suatu masa dahulu.
>
> ``Jika kita perhatikan, kebanyakan kedai-kedai makan kebelakangan ini
> seolah berlumba-lumba mempromosi minuman gelas besar,'' ujarnya.
>
> Pesta makanan ini katanya, hanya membantu kepada wujudnya pelbagai
> jenis penyakit.
> Tambah Easaw-John, kesukaran mengubah diet harian turut menyebabkan
> masalah obesiti dan penyakit kencing menular di negara ini.
>
> Jelasnya, apabila sudah diajar daripada kecil membiasakan diri dengan
> sesetengah makanan, tabiat itu sukar untuk diubah.
>
> ``Ibu bapa selalunya suka anak-anak mereka bertubuh `berisi', jadi
> anak-anak akan dijamu dengan hidangan ayam setiap hari.
>
> ``Amalan ini apabila sudah dibiasakan, tentu sukar untuk dihentikan
> kerana ia sudah menjadi makanan rutin,'' ujarnya.
>
> Ada juga di kalangan ibu bapa yang `silap' memberi didikan kepada
> anak-anak mereka mengenai khasiat sesuatu makanan.
>
> ``Ramai di kalangan ibu-ibu dahulu yang tidak menggalakkan anak mereka

> makan ikan kerana kononnya makanan itu tidak memberi khasiat.
> ``Mereka akan menakut-nakutkan anak mereka dengan mengatakan jika
> makan ikan, cacing akan penuh dalam perut,'' katanya.
>
> Nasihat itu sebenarnya menurut beliau, bukanlah satu amalan yang sihat

> kerana kanak-kanak itu dari kecil sudah disogokkan dengan ajaran yang
> salah.
> Selain itu jelasnya, sikap rakyat negara ini yang suka berbelanja
> mengikut hawa nafsu terutama apabila ada jualan murah banyak
> mempengaruhi faktor kesihatan.
> Masyarakat kita biasanya suka menyenaraikan apa yang ingin dibeli, ini

> satu amalan yang baik.
>
> ``Namun amalan ini biasanya terpesong apabila tiba musim jualan mega.
> ``Pantang ada jualan murah, semua barang hendak dibeli dan selalunya
> senarai keperluan tidak lagi menjadi kepentingan,'' katanya.
> Menurut Easaw-John, budaya masyarakat sesetengah negeri sebenarnya
> mendorong kepada timbulnya masalah diabesiti.
>
> ``Masyarakat Pantai Timur sangat suka menyajikan hidangan yang
> manis-manis.
> ``Walaupun bagi mereka rasa manis akan lebih menyedapkan sesuatu
> makanan, tetapi tabiat ini sebenarnya tidak elok,'' katanya.
>
> Easaw-John berkata, seolah-olah satu budaya di kalangan masyarakat di
> negara ini menghabiskan masa di kedai-kedai makan pada larut malam.
> Menurutnya, budaya lepak di kedai makan terutamanya kedai mamak kini
> bukan lagi hanya untuk golongan tua, tetapi juga menjadi ikutan
golongan muda.
>
> ``Biasanya golongan muda sekarang terutamanya pekerja kilang dan
> pelajar institusi pengajian tinggi suka bersantai di kedai-kedai mamak

> sehingga lewat pagi dengan alasan untuk menghilangkan tekanan.
> ``Teh tarik dan roti canai tentu men-
> jadi menu utama, inilah yang menyebabkan timbulnya masalah
diabesiti,''
> katanya.
> Diabesiti atau kencing manis berlaku apabila organ pankreas tidak
> dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan
> itu tidak berkesan.
>
> Ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan,
> terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukosa
> meningkat ke dalam air kencing.
> Obesiti pula ialah masalah berat badan atau kegemukan yang melampau
> kerana pertambahan lemak dalam badan.
>
> Apabila seseorang individu mempunyai kombinasi kedua-dua masalah ini,
> tahap kesihatan badannya berada pada paras yang membimbangkan.
> Amalan penjagaan kesihatan yang baik serta rutin senaman harian boleh
> membantu mengatasi masalah diabesiti.
>
> ``Sebenarnya, kita sendiri yang menentukan tahap kesihatan badan.
> ``Sekiranya kita rajin bersenam dan mengawal corak pemakanan, kita
> boleh mengelakkan diri daripada serangan penyakit,'' kata Easaw-John.

Zamri Kecik's.


Baca Seterusnya...

17 April, 2009

Bagus untuk renungan bersama...

1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan
bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan
duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru
semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,tetapi cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidupyang setia mendampingi
kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk
bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan
pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang
tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.


17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS
Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Email : Zamri


Baca Seterusnya...

16 April, 2009

Wahai Wanita....Kepak Ayam itu sedap tapi.......


Chicken Wings - Its Dangerous

Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food..


Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!


Baca Seterusnya...

Jika wanita menguasai Dunia......(If Women controlled the world).....











Baca Seterusnya...

14 April, 2009

Isteri Pendam Gelora

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad
ahmadshahrul@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: “Saya terpaksa menolak 10 lamaran untuk berumah tangga dalam tempoh tujuh tahun proses permohonan cerai fasakh saya di mahkamah rendah syariah.

“Malah, keinginan berkahwin itu tidak kesampaian apabila kes permohonan cerai yang dibenarkan pada 2007 itu tersekat di mahkamah apabila bekas suami meminta mahkamah lebih tinggi mengkaji semula keputusan itu,” kata ibu tunggal yang mahu dikenali Aisyah, 35, semalam.

Aisyah mengaku mulanya gembira apabila permohonan cerai fasakh terbabit dibenarkan mahkamah selepas menanti lebih tujuh tahun ibarat terlepas beban yang begitu besar.

Kini, menurutnya, dia terpaksa menunggu lagi disebabkan bekas suaminya mengemukakan rayuan terhadap keputusan membenarkan permohonan cerai fasakh terbabit.

Dia yang juga anak seorang ahli perniagaan, berkata pihak mahkamah perlu mempertimbang mempercepatkan proses perceraiannya dengan bekas suami kerana jika kes berkenaan dilewatkan penyelesaiannya, bukan saja mengecewakan dirinya, bahkan keluarga.

“Jangan biarkan saya teraniaya...saya sudah menunggu tujuh tahun dan kini, ditambah dua tahun lagi disebabkan rayuan terbabit.

“Saya sudah tidak tahan lagi ditohmah pihak tertentu walaupun hakikatnya masalah itu boleh diselesaikan secepat mungkin,” katanya yang meminta jangan dia dibiarkan umpama gantung tak bertali.

Aisyah yang mempunyai anak seorang lelaki dan perempuan, berkata dia menghadapi pelbagai tekanan sepanjang menunggu kes permohonan cerai fasakh itu selesai, termasuk peguam tarik diri dan menanggung kos yang tinggi.

Bukan untuk menunjuk, Aisyah berkata, lelaki yang menawarkan diri untuk menyuntingnya kebanyakan di kalangan orang berpendidikan dan bekerjaya baik.

Katanya, semua lamaran terbabit terpaksa ditolak kerana tidak mahu mereka menanti proses permohonan cerai fasakh itu selesai.

“Ada antara menyatakan sanggup membantu menyelesaikan masalah terbabit, tetapi saya tidak bersedia menerima tawaran itu walaupun mereka jujur untuk berbuat demikian,” katanya kepada Harian Metro.

Dia turut mendakwa pernah menulis surat meminta Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengeluarkan surat cerainya.

Tetapi, menurutnya, Jais menyatakan ia hanya boleh menawarkan peguam berikutan kes permohonan cerai fasakh itu masih di mahkamah.

Aisyah yang juga bekas seorang pensyarah di sebuah universiti tempatan, berkata tempoh sembilan tahun sebagai ibu tunggal menjadi pengalaman perit terpaksa ditanggung hingga meninggalkan kerjaya diminati bagi memberikan tumpuan kepada anak.

“Saya nak bebas dan tolong lepaskan saya kerana tidak sanggup lagi menanggung siksaan ini. Bagaimanapun, saya bersyukur kerana ibu bapa serta adik beradik memberikan sokongan untuk saya terus berjuang mendapatkan hak di mahkamah walaupun begitu lama masa diambil,” katanya.

Aisyah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya pada usia 23 tahun ketika menuntut di universiti pada 1997.


Baca Seterusnya...

13 April, 2009

Saidatina Khadijah

Dia melalui saat-saat sakarat ditemani suami tercinta, Rasulullah SAW. Dalam keadaan kesakitan yang amat itu, dia mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan Jibril juga teruja. Katanya, ”Wahai rasul utusan Allah, tiada lagi harta dan hal lainnya yang bersamaku untuk aku sumbangkan demi dakwah. Andai selepas kematianku, tulang-tulangku mampu ditukar dengan dinar dan dirham, maka gunakanlah tulang-tulangku demi kepentingan dakwah yang panjang ini”. Rasulullah SAW berasa sayu mendengar semua itu. Jibril naik bertemu Allah. Jibril bertanyakan Allah, adakah Allah mendengar kata-kata Saidatina Khadijah itu? Allah menjawab pertanyaan Jibril – bukan hanya kata-katanya sahaja yang Allah dengari malah bisikannya juga. Allah meminta Jibril menyampaikan salam buat Saidatina Khadijah.

Jibril turun dan memberitahu Rasulullah SAW akan hal itu. Rasulullah SAW menyampaikan salam tersebut kepada isteri tercinta. Ustaz turut menceritakan bahawa dalam sesetengah riwayat tangan Saidatina Khadijah seakan bersilang saat menyambut salam itu dan Saidatina Khadijah melafazkan bacaan yang begitu masyhur yang sering kita lafazkan selepas solat:Allaahum ma antas salaam - waminkas salaamWa ilaika ya 'uudus salaamFahayyina rabbanaa bissalaamWa adkhilnal jan nataka daaras salaamTabaa rakta rabbanaa wa ta 'aalaita yaa dzal jalaali wal ikraam. Ya Allah, Engkaulah kesejahteraan, dariMulah asal kesejahteraan dan kepadaMupula kembali kesejahteraan, maka hidupkanlah aku dengan kesejahteraan danmasukkanlah aku kedalam surga kampung kesejahteraan. Maha Mulia EngkauYa Allah yang memiliki kemegahan dan kemuliaan.

Dan pergilah Saidatina Khadijah menghadap Allah SWT, kekasih yang dirindui. Terlalu hebat wanita ini. Dialah insan pertama yang mengimani Rasulullah SAW. Tidak cukup dengan harta, tulang-tulangnya juga ingin digunakan untuk membantu perjuangan Rasulullah.

Menziarahi Khadijah ra membangkitkan perasaan dan semangat perjuangan yang luar biasa. Dia lambang kasih isteri yang sejati terhadap suami. Dia lambang tekun ibu dalam mendidik anak-anak mewarisi ibu bapa dalam perjuangan silih berganti generasi. Dia lambang pengorbanan unik ketika bersendirian mendokong suaminya menghadapi ramai golongan berkuasa di Mekah serta kejahilan dan ketakutan orang ramai di Semenanjung Arab. Beruntung Khadijah ra berjaya menjual dunianya untuk membeli Akhirat yang lebih kekal dan abadi apabila Jibril datang memaklumkan kepada Nabi saw, “Berilah khabar gembira kepada Khadijah bahawa sebuah rumah telah dibina untuknya di Syurga ..”.

Khadijah ra seorang koporat perniagaan antarabangsa. Barang dagangannya sampai hingga ke Syam, ketika itu dibawah Kerajaan Eropah (Rom). Seorang yang punya harga diri, digelar “At-Tahirah” (wanita suci) yang pernah menolak pinangan orang bangsawan tetapi melamar Muhammad yang dulu kerjanya menggembala kambing sesiapa yang boleh memberinya upah. Tidak lain setelah mendengar lapuran Maisarah tentang akhlak Baginda saw disepanjang perjalanan perniagaan barangan Khadijah di Syam. Dia memilih ciri akhlak dikala manusia lain di Mekah ketika itu memilih ciri harta, pangkat dan pengaruh, seperti gaya ramai orang Malaysia Boleh hari ini. Bukan Nabi saw sahaja tak berharta, tetapi saudara mara yang pernah menjaga Baginda saw juga tidak berharta seperti Aminah, Abdul Muttalib dan Abu Talib.

“Aku takut terhadap apa akan terjadi terhadap diriku”, kata Nabi saw kepada Khadijah ra dalam keadaan gementar setiba di rumah dari Gua Hirak. Jawab Khadijah ra spontan dengan penuh yakin, seyakin dihari dia memilih dengan tepat bakal yang akan menjadi suaminya, “Kalla, ma yukh zikallahu abadan. Innaka la tasillu rahm, wa taksibul makdum …”. (Sekali-kali tidak. Allah sekali-kali tidak akan mengsengsarakan kau. Engkau menghubungkan silaturrahim. Engkau memberi makan orang yang kelaparan …”. Subhanallah! !.. Saya melihat Khadijah ra seorang yang bulat keyakinan dan kasih terhadap suaminya, sebulat keyakinan dan kasih suaminya terhadap Tuhannya. Hasilnya, anak-anak mereka bulat terhadap Risalah ayah dan ibunya. Zainab binti Muhammad memilih meninggalkan suaminya Al-Ass di Mekah, menunggang unta menuju kepada ayahnya saw yang telah berhijrah bersama kaum Muslimin di Madinah. Ruqayyah dan Ummu Kalthum tabah disingkirkan hanya kerana Aqidah yang diperjuangkan oleh ayahnya. Fatimah ra menangis tetapi tabah sambil membersihkan rambut ayahnya yang ditabur kotoran oleh Quraisy. “Jangan menangis wahai anakku. Sesungguhnya Allah melindungi ayahmu”, kata Nabi saw kepada Fatimah. Mereka Akhawat Mukminat setabah ibu yang mendidik dan membesarkan. Kemelut rumahtangga orang ramai hari ini ialah tidak bulatnya keyakinan si isteri terhadap suami, lantaran tidak bulatnya si suami terhadap Tuhan dan DakwahNya. Ramai suami yang tidak punya risalah dan ideologi apa-apa dalam hidup untuk dicapai. Perjuangan paling popular dewasa ini hanya sekadar mencapai rumah dan kereta mewah serta anak-anak yang bergaji besar yang semuanya nanti boleh dibangga-banggakan di depan sahabat handai dan taulan. Kesannya, keyakinan tidak bulat, kesangsian dan curiga dalam rumah tangga sering mewarnai kehidupan, banyak perkara berkira, perselisihan kerap berlaku, perjuangan, minat dan halatuju berbeda jauh walau hidup sebumbung dan dilimpahi kemewahan. Jika ada yang minat dan terlibat dalam Dakwah semasa menuntut, ia hanya hobi sementara menunggu tamat, mendapat ijazah dan berkarier.

Siddiq (membenarkan) lebih tinggi dari Iman. Syurga Firdaus dihuni oleh para Nabiyiin (Nabi-nabi), Siddiqiin (orang-orang yang membenarkan) , Syuhadak (orang-orang yang mati syahid) dan Salihin (orang-orang saleh), mereka adalah sebik-baik teman di Akhirat. Khadijah ra bukan sahaja telah beriman dengan Risalah yang suaminya baru terima dari Gua Hirak, tetapi juga telah membenarkan Risalah tersebut dengan mengorbankan segala perasaan, masa, harta dan apa sahaja yang dia miliki demi memenangkan Agama ini mengatasi Quraisy di Mekah dan Rom Parsi di muka bumi. Boikot ekonomi Quraisy dan kabilah-kabilah Mekah walaupun menyebabkan kesengsaraan terhadap Nabi saw dan para Sahabar ra tetapi ia tidak berjaya antara lain kerana pengorbanan harta yang dihulurkan Khadijah ra ketika itu. Sindiran, fitnah, tohmahan dan perang saikologi yang dilancarkan Quraisy, walau memberi impak teruk kepada Dakwah Islam tetapi tidak mempu membunuh semangat Nabi saw lantaran dokongan moral, kasih dan keyakinan yang ditunjukkan oleh Khadijah ketika itu.

Dalam perjuangan, peristiwa sedih sering berlaku kepada mana-mana pejuang. Kepada Nabi saw, diantaranya kesedihan Baginda saw ialah kematian Khadijah ra, kematian Abu Talib, dibaling batu di Taif, Hamzah ra di bunuh dan dimamah jantungnya, pembunuhan Rombongan Rajik 60 para hafiz dll. tetapi hanya tahun kematian Khadijah ra digelar Nabi saw sebagai Tahun Sedih. Wafak (setia) Nabi saw kepada Khadijah ra ialah Nabi saw sering memuliakan kawan-kawan lama Khadijah ra yang masih hidup dengan bertanya khabar dan menyampaikan hadiah dan kiriman. Nabi saw juga sering menyebut tentangnya sehingga apabila Aisyah ra berkata, “Bukankah Allah telah menggantikannya dengan isteri yang lebih baik?”, jawab Nabi saw,”Demi Allah, Allah tidak pernah menggantikan untuk aku isteri yang lebih baik dari Khadijah. Dia beriman kepadaku apabila manusia lain kufur kepada aku. Dia membenarkan aku ketika manusia lain membohongi aku. Dia memberi aku harta ketika manusia lain memboikot dan mencegah harta dari sampai kepada (perjuangan) aku. Darinya aku dikurniakan anak-anak (yang mengikut perjuanganku)”. Dari hadis ini dapat kita fahami apakah faktor dan kualiti seorang isteri yang sebenar yang menjadi pilihan seorang Nabi yang paling dikasihi Allah swt. Tidak lain dan tidak bukan ialah faktor meyakini penuh perjuangan ideologi, berkorban harta dan jiwa untuk memenangkannya serta menyedia dengan mendidik anak-anak untuk menyambung perjuangan yang panjang dan jauh hari kemenangan.

Kemelut para Duat hari ini diantaranya ialah dari sedikit mereka yang meyakini i Perjuangan untuk memenangkan Islam ini, lebih sedikit lagi mereka yang mentasdiq (membenarkan) perjuangan tersebut dengan bukti amal dan pengorbanan. Ramai yang mengatur usrah dan tamrin untuk belia dan dewasa sedang isterinya sendiri tidak berusrah dan anak-anaknya tidak tahu dimana. Ramai yang menggalakkan umat ke masjid dan majis-majlis ilmu sedang anaknya digalakkan ke luar negara yang terlalu ceruk tanpa masjid apatah lagi menghadiri majlis-majlis ilmu di sana. Ramai yang bercakap tentang pengorbanan harta tetapi pertubuhannya miskin tidak mampu memberi kebajikan ahli sedang ramai yang berkereta dan hidup mewah dibanglo yang tersergam. Ramai yang menyeru berkorban jiwa dan masa sedang masa kerier tambahan seperti locum, consultancy, direct-selling, tuition dan lain-lain lebih mendapat tempat dari Dakwah Fardiyah sedang masa dan tenaga yang diperlukan, teknik dan strategi adalah hampir sama. Apabila kita tidak bulat, maka anak-anak sendiri atau anak didik kita juga tidak bulat. Hasilnya, dari aduan kepada saya ramai anak-anak Duat yang merokok, bergirl atau berboyfriend, chit chat, skin-head, metal dan ada yang tidak diakui anak oleh Duat. Bagi anak yang Duat cuba juga dekatkan mereka kepada Dakwah, mereka tidak mantap, tiada keyakinan diri, menurut sahaja, berpura-pura sementara menunggu dewasa, berkarier dan merdeka. Alangkah Dakwah ini memerlukan pengurus rumahtangga seperti Khadijah ra. Dia berjaya membuktikan pengurusan suami, anak-anak dan harta dengan jaya, bukan sekadar kata-kata dan tazkirah. Semua kualiti ini yang sering disebut-sebut oleh Rasulullah saw. Kepada memiliki dan membuktikan kualiti ini juga kita mendorong para penuntut dan wanita Islam hari ini.

“Salam sejahtera wahai Khadijah Al-Khuwailid. Salam sejahtera wahai isteri Rasulullah saw. Salam sejahtera wahai Ummi Mukminin (ibu kaum mukminin). Salam sejahtera wahai sekelian penduduk Tanah Perkuburan Al-Makla. Sesungguhnya kami, insyaAllah, akan bersama kamu. Kamu mendahului kami dan kami akan mengikut kemudian. Moga Allah mengampunkan kami dan kamu, mengampunkan orang yang terdahulu dari kalangan kamu dan yang terkemudian. Ya Allah, berilah pahala dan ganjaran kepada mereka atas sumbangan mereka kepada Islam. Ya Allah, jangan Engkau sekat kepada kami untuk beroleh pahala mereka. Jangan Engkau duga kami sesudah mereka. Ampunilah kami dan mereka. Amin” (Doa ziarah Khadijah ra dan Perkuburan Al-Makla, Mekah).


Baca Seterusnya...