28 September, 2008
Melawat Hospital Parit Buntar.
Minggu lepas saya bersama suami dan rombongan untuk melawat Hospital Parit Buntar. Tujuan lawatan ialah untuk memberi sedikit sumbangan hamper kepada semua pesakit dan juga kepada semua kakitangan Hospital.
Saya mengucapkan terima kasih dengan layanan yang baik yang diberikan oleh pihak pengurusan Hospital Parit Buntar bagi menjayakan program tersebut.
Baca Seterusnya...
17 September, 2008
Kerusi Madura tempat tidur kegemaran suami
Sebelum ini suami adalah pengusaha kedai jual perabut kayu jati diParit Buntar, beliau menjual perniagaanya yang di Parit Buntar kepada kenalannya dan cawangan di Machang Kelantan diambil alih oleh ayah angkat.Semuga Allah merahmati keluarga dan suami kesayangan, dia sudah jadi milik masyarakat biarlah dia sering tidur di kerusi kesayanganya supaya dia mudah bangun untuk ke mesjid dan surau bertemu rakyatnya.
Baca Seterusnya...
15 September, 2008
Bersama suami melawat Pekan Ahad.
Baca Seterusnya...
13 September, 2008
Majlis berbuka pakatan Rakyat
Malam tadi saya bersama suami menghadiri Majlis Berbuka Pakatan Rakyat di Kdiaman Resmi Menteri Besar Perak. Kami berdua sampai agak lewat sekitar jam 7.05. Nampaknya tidak ada tahlil seperti kita ramai-ramai sesama Islam berbuka.
Duduk semeja dengan isteri MP Bagan Serai ,ADUN cangkat Jong dan SU Muslimat Negeri.Baca Seterusnya...
Berjimat masa berbelanja.
Hari ini seakan terasa bahang hari raya semakin dekat, mana tidaknya kelmarin disekolah, ada yang bawa kain baju ,ada yang membawa kuih untuk di jual, masa berlalu begitu cepat sekali, sudah 13 hari kita berpuasa, harapan kita semoga ibadah kita tahun ini lebih baik daripada tahun lepas.Namun apapun yang kita lakukan hendaklah iklas semata-mata kerana Allah, kerana hanya dengan keihklasan sahaja yg akan dipandang Allah SWT. Sebagaimana dalam satu hadits Qudsi kata Allah " puasa adalah untuk Ku dan Akulah yang akan menilainya"
Pusat bandar Parit Buntar juga sebok dengan orang yang membeli belah sejak awal puasa lagi. Tapi bagi saya persiapan awal adalah amat penting, kerana tidak mahu berasak-asak di tempat membeli belah. Persiapan juga sekadar yang perlu sahaja,memandangkan sekarang nilai wang terasa kecil.
Baca Seterusnya...
10 September, 2008
Ramadan AlMubarak
Setiap petang para ibu pastinya sebok menyiapkan juadah untuk berbuka puasa, tidak terkecuali saya juga pastinya akan kepasar ramadan yang kebetulan berdekatan dengan rumah.Baca Seterusnya...
Ibuku musibah kecil.
Maafkan saya, kelmarin tak sempat untuk menulis dalam blog ini, disebabkan oleh kesebokan yang melanda, menguruskan ibu yang jatuh dalamparitdalam perjalanan ketika ingin mengerjakan solat terawih dimasjid berdekatan, sesungguhnya Allah itu ingin menguji kekuatan hambaNya. malang tidak berbau kata perpatah MelayuIbu jatuh ke dalam parit bersama basikalnya dan mengalami sakit dada dan luka-lua kecil, saya kebetulan itu keluar photostat ketika itu dalam perjalanan balik ke rumah,suami pula berada di K.Lumpur yang menerima panggilan dari orang kampung memaklumkan kejadian itu, bergegas ketempat kejadian yg jauhnya kira-kira 8 km dari rumah kami.
Saya tidak ke sekolah dan mengambil cuti rehat untuk menguruskan ibu, ada seorang rakan yg mengesorkan agar pergi ke pusat akupunkcure yang terdapat di Parit Buntar.
Alhamdulillah, berkat doa dan ikhtiar kesihatan ibu beransur pulih. Petang itu ibu sudah boleh buat kuih untuk kami berbuka kerana kakak dari Taiping juga balik untuk melihat ibu. Itulah kegemarannya yang saya tidak dapat halang. kalau boleh saya sudah nasihati beliau supaya berehat saja, banyak kuih yang kami beli tetapi siapa boleh halang hobinya, satu kampung tahu dia jaguh buat kuih.
Baca Seterusnya...
09 September, 2008
Ikut suami melawat orang Cina Mati.
Entah untuk keberapa kali saya telah diajak suami untuk menziarahi jenazah orang cina mati. Orang India pun sering juga. Seja jadi ADUn suami saya mesti dihubungi kalau ada kematian tidak kira Melayu, Cina atau India.Baca Seterusnya...
08 September, 2008
Salam perkenalan...
Alhamdulillah blog ini dapat menemui rakan-rakan pembaca semuga penamplannya dapat memaparkan kegiatan saya sebagai seorang isteri ADUN pakatan Rakyat di Perak.
Baca Seterusnya...
