18 April, 2009
Diabesiti : Bersarapan lewat jadi punca
ALASAN tidak boleh bersarapan di awal pagi adalah satu fenomena yang
> menyebabkan masalah diabetes dan obesiti (diabesiti) di kalangan
> masyarakat negara ini.
> Diabesiti ialah gabungan masalah kencing manis dan kegemukan.
>
> Mengapa alasan ini menjadi satu penyebab kepada masalah diabesiti di
> Malaysia?
> Ini kerana menurut Ketua Pakar Diet, Institut Jantung Negara (IJN),
> Mary Easaw-John, apabila seseorang itu bersarapan lewat, kuantiti
> makanan yang diambil biasanya melebihi kadar sepatutnya.
``Biasanya penduduk negara ini tidak suka bersarapan di awal pagi,
> terutamanya yang bekerja di sektor kerajaan.
>
> ``Selalunya golongan ini bersarapan pada pukul 10 pagi,'' ujarnya.
> Jadi menurutnya, apabila bersarapan lewat, mereka biasanya mengambil
> makanan dalam jumlah yang banyak kerana pada waktu itu perut terlalu
> lapar.
>
> ``Ada yang bersarapan seolah-olah mengambil makanan tengah hari,
> kemudian ditambah pula dengan teh tarik gelas besar.
>
> ``Makanan yang diambil pada waktu pagi ini sangat mempengaruhi berat
> badan seseorang,'' ujarnya.
>
> Menurut Easaw-John, saiz makanan juga merupakan faktor utama mengapa
> diabesiti menyerang penduduk negara ini.
>
> ``Saiz makanan pada masa kini kebanyakannya disajikan dalam saiz
> `gergasi', ini amat berbeza dengan suatu masa dahulu.
>
> ``Jika kita perhatikan, kebanyakan kedai-kedai makan kebelakangan ini
> seolah berlumba-lumba mempromosi minuman gelas besar,'' ujarnya.
>
> Pesta makanan ini katanya, hanya membantu kepada wujudnya pelbagai
> jenis penyakit.
> Tambah Easaw-John, kesukaran mengubah diet harian turut menyebabkan
> masalah obesiti dan penyakit kencing menular di negara ini.
>
> Jelasnya, apabila sudah diajar daripada kecil membiasakan diri dengan
> sesetengah makanan, tabiat itu sukar untuk diubah.
>
> ``Ibu bapa selalunya suka anak-anak mereka bertubuh `berisi', jadi
> anak-anak akan dijamu dengan hidangan ayam setiap hari.
>
> ``Amalan ini apabila sudah dibiasakan, tentu sukar untuk dihentikan
> kerana ia sudah menjadi makanan rutin,'' ujarnya.
>
> Ada juga di kalangan ibu bapa yang `silap' memberi didikan kepada
> anak-anak mereka mengenai khasiat sesuatu makanan.
>
> ``Ramai di kalangan ibu-ibu dahulu yang tidak menggalakkan anak mereka
> makan ikan kerana kononnya makanan itu tidak memberi khasiat.
> ``Mereka akan menakut-nakutkan anak mereka dengan mengatakan jika
> makan ikan, cacing akan penuh dalam perut,'' katanya.
>
> Nasihat itu sebenarnya menurut beliau, bukanlah satu amalan yang sihat
> kerana kanak-kanak itu dari kecil sudah disogokkan dengan ajaran yang
> salah.
> Selain itu jelasnya, sikap rakyat negara ini yang suka berbelanja
> mengikut hawa nafsu terutama apabila ada jualan murah banyak
> mempengaruhi faktor kesihatan.
> Masyarakat kita biasanya suka menyenaraikan apa yang ingin dibeli, ini
> satu amalan yang baik.
>
> ``Namun amalan ini biasanya terpesong apabila tiba musim jualan mega.
> ``Pantang ada jualan murah, semua barang hendak dibeli dan selalunya
> senarai keperluan tidak lagi menjadi kepentingan,'' katanya.
> Menurut Easaw-John, budaya masyarakat sesetengah negeri sebenarnya
> mendorong kepada timbulnya masalah diabesiti.
>
> ``Masyarakat Pantai Timur sangat suka menyajikan hidangan yang
> manis-manis.
> ``Walaupun bagi mereka rasa manis akan lebih menyedapkan sesuatu
> makanan, tetapi tabiat ini sebenarnya tidak elok,'' katanya.
>
> Easaw-John berkata, seolah-olah satu budaya di kalangan masyarakat di
> negara ini menghabiskan masa di kedai-kedai makan pada larut malam.
> Menurutnya, budaya lepak di kedai makan terutamanya kedai mamak kini
> bukan lagi hanya untuk golongan tua, tetapi juga menjadi ikutan
golongan muda.
>
> ``Biasanya golongan muda sekarang terutamanya pekerja kilang dan
> pelajar institusi pengajian tinggi suka bersantai di kedai-kedai mamak
> sehingga lewat pagi dengan alasan untuk menghilangkan tekanan.
> ``Teh tarik dan roti canai tentu men-
> jadi menu utama, inilah yang menyebabkan timbulnya masalah
diabesiti,''
> katanya.
> Diabesiti atau kencing manis berlaku apabila organ pankreas tidak
> dapat mengeluarkan insulin secukupnya atau insulin yang dikeluarkan
> itu tidak berkesan.
>
> Ini akan menyebabkan glukosa tidak dapat masuk ke dalam sel badan,
> terkumpul di dalam darah yang kemudiannya menyebabkan paras glukosa
> meningkat ke dalam air kencing.
> Obesiti pula ialah masalah berat badan atau kegemukan yang melampau
> kerana pertambahan lemak dalam badan.
>
> Apabila seseorang individu mempunyai kombinasi kedua-dua masalah ini,
> tahap kesihatan badannya berada pada paras yang membimbangkan.
> Amalan penjagaan kesihatan yang baik serta rutin senaman harian boleh
> membantu mengatasi masalah diabesiti.
>
> ``Sebenarnya, kita sendiri yang menentukan tahap kesihatan badan.
> ``Sekiranya kita rajin bersenam dan mengawal corak pemakanan, kita
> boleh mengelakkan diri daripada serangan penyakit,'' kata Easaw-John.
Zamri Kecik's.
No comments:
Post a Comment